Post by Pemerhati Industri on Oct 25, 2004 13:12:26 GMT -5
Assalamualaikum.. saya nak beri pandangan sket. Bagi saya Misha Omar merupaakan seorg penyanyi yg agak berbakat jugak tapi hipokrit. Kadangkala, pakaiannya sopan sepertimana Diva No 1 ,Siti Nurhaliza yg diheboh2kan kononnya mentor Misha, tapi kadangkala pakaiannya seksi menjolok mata. Jadi Misha takde personalitinya sendiri jika dibandingkan dgn Siti Sarah walaupun sedia seksi tapi dia tak hipokrit dan tak pon mengatakan idolanya penyanyi yg sopan santun seperti Siti Nurhaliza. Bila dah war2kan idola kepada satu dunia, mestilaah ikut kesopanan dan sikap, bukan suroh ikut suara dan imej, tapi sikap dan cara berpakaian khususnya tidak menunjukkan Siti Nurhaliza tu idolanya atau "MENTOR"nya. Jadi itu merupakan sesuatu yg akan disedari oleh peminat hiburan tanahair dgn sendirinya. Mereka bukan bodoh yg akan ditipu dengan sikap KEPURA-PURAAN Misha Omar.Saya berharap Misha mengubah sikapnya agar Misha dapat diterima oleh peminat industri hiburan tanahair sepertimana Siti Nurhaliza yang walaupun imejnya cuba dicalar oleh pihak yang tidak suka dengan Keunggulannnya, tapi akhirnya segala2nya terbukti kerana sikap telus dan jujurnya dan kekal gah di pentas dunia hiburan sebagai Artis No 1 Negara walaupun tidak memenangi Vokal Wanita Pilihan pada Anugerah ERA lantaran drp provokasi pihak2 tertentu, tenyata pengaruh Siti Nurhaliza kembali diperkukuhkan dan dipertingkatkan ;)setelah segala kebenaran terbongkar akhirnya dan beliau sekarang bukan sahaja masih unggul di Malaysia tetapi di rantau Asia dan Dunia insyallah.Bagi saya,anda dan Siti Nurhaliza bagai langit dengan bumi, jauh berbeza dari segi bakat dan sikap terutamanya..Saya bukan peminat fanatik Siti Nurhaliza, tapi peminat industri hiburan tanahair. Jadi nasihat saya, ikutilah sikap "MENTOR" Misha dengan tulus, telus,ikhlas dan jujur. Semoga maju jaya seperti "MENTOR" anda ,Penyanyi No 1 Negara, Siti Nurhaliza.