Post by webmaster on Oct 29, 2003 9:24:35 GMT -5
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
RAMADAN kali ini jelas menguji kesabaran dan ketaatan penyanyi bersuara merdu, Liza Hanim, 24. Jika sebelum ini dia hanya menahan lapar untuk diri sendiri tetapi pada kali ini, Liza turut menahan lapar untuk bayi yang dikandungnya.
Tentulah sesuatu yang menarik pengalaman dilalui ibu muda ini apatah lagi, kali pertama berbadan dua selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Shah Indigo awal tahun lalu.
Menyorot kesukaran yang dilalui Liza pada hari pertama berpuasa semalam, dia memasang azam mahu berpuasa penuh.
“Kalau boleh, memang saya hendak puasa penuh sekurang-kurangnya dapatlah seminggu. Hari ini (semalam) saya rasa ok tetapi, penat sikit. Mungkin sebab hari pertama dan tidak biasa dengan keadaan berbadan dua.
“Saya boleh teruskan puasa tapi ‘baby?pula minta makan. Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan. Kebetulan, saya sudah pun memberhentikan semua kegiatan aktiviti mulai bulan lalu jadi tidaklah penat sangat.
“InsyaAllah, selagi tidak memudaratkan diri serta kandungan, saya cuba puasa penuh tahun ini. Mudah-mudahan Tuhan memberi kekuatan pada saya. Puasa kali ini juga cukup bermakna, kerana kali pertama beraya dengan suami tercinta,?katanya.
Perubahan zaman serta kecepatan masa turut membuatkan Liza tidak terasa beban untuk menunaikan ibadah sepanjang Ramadan.
Biarpun, Liza kelihatan begitu kuat dan berdikari saat ini, ada beberapa perubahan yang berlaku pada dirinya dan perubahan itu dijelaskan oleh pengurusnya, Redha Fahmi.
“Sayalah yang paling beriya-ria nak ke pasar Ramadan. Orang sibuk buat persiapan baju raya dia pula fikir lokasi bazar Ramadan untuk dikunjungi. Hari ini ke Bangsar, esok ke bazar Klang pula. Hari pertama sudah rancang, apa juadah berbuka yang hendak dibelinya.
“Katanya, hendak cari murtabak. Saya juga terkejut, dia larat berpuasa dalam keadaan kandungan mencecah lapan bulan itu. Kalau ikut perancangan, dia mahu berniaga Serunding, lemang dan rendang di bazar Klang.
“Bagaimanapun terpaksa membatalkannya kerana keadaan diri tidak mengizinkan. Sekarang ini, saya hanya tumpukan pada pembuatan kuih-muih kegemarannya, seperti kek coklat, biskut almond London dan kuih kacau ubi.
“Katanya, dia perlu mulakan sekarang kerana hujung puasa nanti kandungannya bertambah besar dan mungkin sudah tidak larat mengacau kuih kacau ubi yang mengambil masa enam jam untuk disiapkan itu.,?kata Redha Fahmi.
Mengikut perancangan, sebelah pagi raya pertama Liza akan sambut di rumah keluarganya di Klang sebelum ke rumah suaminya di Petaling Jaya.