Post by webmaster on Oct 26, 2003 21:29:02 GMT -5
Oleh NOR AKMAR SAMUDIN
akmar@hmetro.com.my
26 October 2003
LAZIMNYA, ibu bapa yang sibuk mencari calon menantu apabila melihat anak bujangnya belum berkahwin lagi, walaupun usia sudah layak benar untuk bergelar suami.
Ini peminat pula yang sibuk mencarikan jodoh untuk artis pujaan mereka. Kehidupan ini memang aneh, namun keganjilan itu yang membuatkan hidup bertambah ceria dan membahagiakan.
Itulah yang terjadi kepada Anuar Zain. Mula-mula peminat hendak ‘menjodohkannya’ dengan Dayang Nurfaizah, kemudian Siti Nurhaliza dan terkini Ning Baizura.
Nasib baik Anuar tidak cepat melatah, kalau tidak buruk padahnya. Dia faham benar dengan rencah dan cabaran yang perlu dihadapinya apabila menjadi artis.
Sedikit pun Anuar tidak ambil hati dengan tingkah peminatnya. Dia menganggap semua itu sebagai gurauan.
Katanya, dia menganggap ketiga-tiga bintang popular itu rakan seperjuangan yang sangat memahami perjalanan hidup masing-masing sebagai anak seni.
“Orang kata usik-mengusik membawa bahagia. Saya serahkan jodoh saya kepada Yang Maha Esa. Yang pasti, saya dengan Dayang, Siti atau Ning tiada apa-apa hubungan intim.
“Sebagai rakan dalam bidang sama, kami menyokong antara satu sama lain untuk memajukan diri sendiri dan industri.
“Saya sifatkan itu semua hanya gurauan peminat. Mungkin mereka melihat ketiga-tiganya sesuai dengan personaliti saya dan peminat berasakan sudah sampai masanya untuk saya menamatkan zaman bujang.
“Gosip itu bukan berpunca daripada saya. Saya juga tidak pernah meluahkan perasaan saya kepada media dan tidak ingin menumpang nama sesiapa untuk popular.
“Saya meraih kejayaan dengan bekerja kuat. Jadi saya tidak pernah risau dengan gosip seperti itu,” kata Anuar yang datang ke pejabat Metro Ahad dengan ditemani pengurusnya, Rahila.
Tambahnya, sewaktu gosipnya dengan Ning keluar dalam akhbar, Ning menghubunginya dan mereka ketawa mengenangkan cerita yang direka peminat.
Menurut Anuar, itu semua tidak menjejaskan tumpuannya dalam nyanyian kerana baik dia mahupun Dayang, Siti atau Ning tahu perkara sebenar.
“Biasalah kadang-kala dalam sesuatu majlis, saya duduk di sebelah mereka dan apabila tidak dengar perbualan rakan sebelah saya ‘dekatkan’ telinga kepadanya. Jadi peminat sudah salah sangka.
“Jangan bimbang, sampai jodoh nanti saya akan jemput semua orang. Saya tidak akan rahsiakan perkara yang baik,” janji Anuar.
Ada kelebihan
Dalam industri hiburan tanah air, sukar untuk artis lelaki mengecapi kejayaan seperti mana diperolehi artis wanita kerana kaum Hawa dikatakan memiliki kelebihan aset yang mampu memikat banyak hati.
Namun dalam keadaan ini, jejaka berusia 33 tahun ini sangat bertuah kerana diminati peminat pelbagai peringkat usia.
Kalau biasanya dalam sebarang majlis korporat, artis wanita menjadi pilihan mereka, tetapi Anuar berjaya menukar senario itu. Tidak keterlaluan kalau dikatakan dia berjaya memecah monopoli artis wanita di pentas hiburan yang dianggap eksklusif itu.
Lalu apakah tarikan yang ada pada Anuar? Adakah kerana suaranya yang mantap, seraut wajah yang tampan ataupun senyuman yang menawan.
Ya, selain memiliki keistimewaan itu, yang penting dia ikhlas dan jujur dalam berkarya. Ketulusan hatinya menghiburkan masyarakat terpancar pada raut wajahnya yang sentiasa mengukirkan senyuman.
Celah Rahila, Anuar suka melayan peminat dan kalau boleh, selagi ada ‘tangan’ peminat, dia akan bersalam dengan mereka tanpa mengira keadaan. Dia juga bergaya ringkas supaya tiada jurang antara dia dan peminat.
Seperti Tan Sri S M Salim, Anuar ada di gelanggang seni kerana minat dan dia hendak menyanyi hingga ke akhir hayat. Lantas, dia tidak pernah ambil tahu tahap popularitinya. Yang dia tahu, setiap kali keluar rumah untuk menyanyi adalah kerana mencari rezeki.
“Alhamdulillah, kalau ada yang menyanjung dan mengiktiraf bakat saya. Apabila ramai orang suka saya, bererti rezeki saya akan bertambah. Saya juga tidak pernah kesal kerana mengambil masa lama untuk kembali dalam industri selepas menempa nama sebagai penyanyi kanak-kanak terkenal (lebih 10 tahun lalu).
“Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tidak pernah rasa terlewat, malah bersyukur sangat kerana selama menjadi pramugara dengan Jabatan Penerbangan Malaysia, saya menimba terlalu banyak pengalaman dan pengalaman itulah saya gunakan sekarang untuk meneruskan perjuangan dalam seni pula.
“Kerjaya artis bukan setakat mengeluarkan suara, tetapi lebih daripada itu. Mereka kena tahu cara berinteraksi dengan orang ramai dan macam mana hendak memasarkan diri sendiri.
“Dalam mencari kejayaan, saya sentiasa berfikiran positif. Saya tidak pernah peduli pandangan masyarakat, yang penting saya tahu siapa diri saya dan sentiasa berbuat baik dengan orang,” tegas Anuar.
Jelasnya, jadi artis kena sabar kerana mereka kena berurusan dengan ramai orang, termasuk syarikat rakaman, media dan peminat. Jangan suka bertindak melulu dan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya memalukan diri sendiri dan keluarga.
Buka perniagaan
Anuar ada berura-ura untuk membuka perniagaan, namun buat masa ini tumpuan utama kepada nyanyian kerana yakin bidang ini juga mampu memberi kesenangan kepadanya.
Katanya, asalkan ikhlas, rezeki ada di mana-mana dan akhirnya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang menetapkan rezeki setiap hambaNya.
“Saya tiada formula tertentu untuk bertahan dalam industri. Saya bekerja seperti biasa, enjoy dengan apa yang ada, bekerja dengan ikhlas, sentiasa buat yang terbaik dan cuba membahagiakan orang lain,” katanya yang tampil dengan imej matang dan kemas.
Sumber: Harian Metro