Post by syazn80 on Feb 17, 2004 21:24:27 GMT -5
HAMPIR empat bulan sudah berlalu, akhirnya Misha Omar buka mulut
bercerita mengenai pengalamannya ketika merakamkan lagu tema filem
seram arahan Shuhaimi Baba, Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM),
Pulangkan.
Sebabnya, rakaman yang diadakan di studio Near Field itu menimbulkan
perasaan seram dan dihantui misteri tetapi tidak pernah bercerita
dengan sesiapa sebelum ini.
"Pada mulanya tidak ada apa yang berlaku memandangkan ketika rakaman
ada ramai orang berada di studio seperti kakak saya, pengarah,
penerbit dan juga komposer Ajai.
"Bagaimanapun satu ketika apabila hanya saya seorang berada dalam
studio, perasaan takut mula menghantui saya sampai satu peringkat
ketika menyanyikan bait `Bila bunyi bersatu...kau milikku', bulu
roma saya meremang.
"Apabila balik ke rumah barulah saya ceritakan kepada kakak dan
keluarga. Saya fikir perkara itu berlaku kerana saya terlalu fokus
dan `feel' hinggakan membayangkan saya adalah Meriam (pontianak)
seperti dalam filem PHSM.
"Mujurlah selepas itu saya tidak demam. Bagaimanapun keadaan itu
tidak pernah mengganggu tumpuannya," katanya.
Misha juga diberi penghargaan menyanyikan lagu itu ketika majlis
kesyukuran sempena tamat penggambaran PHSM di Hotel Istana, minggu
lalu. Misha turut ditemani kakaknya, Salmi atau Mimi yang juga
pengurusnya dan juga ibunya, Zainab Md Noor.
Menurut Misha, lagu Pulangkan dirakamkan sebelum dia berlepas ke
Shanghai, China untuk mengikuti pertandingan Festival Muzik Asia,
November tahun lalu. Katanya, lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh
Habsah Hassan dan Shuhaimi Baba itu cukup istimewa dari segi susunan
muzik dan ia bukanlah lagu bertemakan cinta sebaliknya menggambarkan
watak Meriam yang menuntut semula haknya.
"Sebelum merakamkan lagu ini, saya diberi penerangan oleh pengarah
dan penerbitnya mengenai intipati lagu Pulangkan itu untuk
memudahkan saya menghayati lagu itu dengan berkesan. Saya juga
gembira kerana berpeluang bekerjasama dengan komposer Ajai buat
pertama kali.
"Sememangnya saya sudah lama mengimpikan untuk bekerjasama dengan
Ajai yang cukup profesional dan mementingkan kualiti," katanya.
Misha yang akan muncul dengan album kedua tidak lama lagi mengakui
syarikat rakamannya, BMG Music turut mengambil lagu Pulangkan untuk
dimuatkan dalam album terbarunya yang bakal berada di pasaran
sekitar Mac atau April nanti.
Selain lagu Pulangkan, album ini juga memuatkan lagu duet Misha
dengan penyanyi Indonesia, Baim.
Penyanyi yang mencatat kejayaan besar di Anugerah Juara Lagu ke-18
(AJL18), turut dilamar produser Datuk Yusof Haslam untuk membintangi
filem terbarunya, Gerak Khas The Movie 3.
"Filem ini masih di peringkat perbincangan dan saya akan umumkan
kelak sama ada saya terima atau tidak. Ini kerana pihak BMG mahu
saya tumpukan kepada bidang nyanyian dan album terbaru saya,"
katanya.
**harian metro**17/02/04**