Post by webmaster on Jan 12, 2004 7:58:47 GMT -5
SELAIN kejutan pada 28 Disember lalu selepas Bunga-Bunga Cinta diangkat sebagai Juara Lagu 2003, Misha Omar sekali lagi d**ejutkan dengan sambutan harijadinya yang ke-22, awal pagi kelmarin.
‘Suprised party?yang dianjurkan pemilik premis hiburan Blue Bar, Bob Sani itu turut d**endalikan oleh rakan wartawan. Hadir sama teman artis seperti Waheeda, Abot, Serina Redzuan, Fauziah Latiff dan Roslan Shah.
Sebaik saja Misha dan kakaknya, Mimi melangkah masuk ke dewan itu, lampu dinyalakan diiringi nyanyian beramai-ramai lagu Happy Birthday. Biarpun nampak kaget, Misha tetap ‘sporting?dengan kejutan yang dibuat untuknya.
Sebenarnya majlis ini dirancang lebih dua minggu lalu bersama Mimi tanpa pengetahuan Misha sendiri. Biarpun dalam keadaan demam dan hampir hilang suara, Misha tetap memberi kerjasama.
Katanya, dia bersyukur kerana segala penat lelahnya selama ini berhasil dan dihargai oleh peminat dan pemerhati seni tanah air.
“Alhamdulillah, usaha saya selama ini dapat meyakinkan peminat dan penggiat seni bahawa kehadiran saya dalam bidang ini bukan sekadar tempelan. Semoga 2004 akan bertambah rezeki dan minta jangan ada riak dalam diri saya, InsyaAllah.
“Berapa pun usia saya, saya sentiasa bersedia untuk menempuh dugaan hidup dan sokongan semua pihak menjadi teras utama untuk saya teguh berdiri sebagai anak seni,?katanya.
Ketika ditanya mengenai impiannya untuk 2004, Misha berkata: “Karier saya baru saja bermula, terlalu banyak impian yang belum saya capai. Jadi apa yang saya kecapi sepanjang 2003 akan mendorong saya untuk terus mencapai apa yang saya impikan bukan saja pada 2004 tetapi untuk tahun seterusnya. Semoga ianya tercapai.?br />
Dia tidak menafikan banyak belajar daripada pengalaman lalu dan percaya kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha termasuk kejayaan baru-baru ini.
“Kejayaan saya hari ini hasil daripada kesabaran dan saya percaya Tuhan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Hanya Allah dan keluarga, tempat saya mengadu kerana saya tahu mereka lebih mengenali siapa diri saya,?katanya.
Pada malam itu juga, Misha bertindak sebagai ‘penonton?apabila dia dihiburkan oleh beberapa wartawan melalui lagu-lagu popularnya. Turut menghiburkan bintang kelahiran Kelantan itu ialah persembahan ‘paperdolls?yang mencuit hati.
Bagaimanapun Misha terpaksa pulang lebih awal kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Mengimbau langkah-langkah awal, biarpun tidak mendapat sebarang tempat di dalam pertandingan akhir Bintang RTM 2001, kilauan bakat Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aishah Omar ini kian bersinar selepas muncul dengan album sulung, Misha setahun selepas itu.
Di awal kemunculan, Misha ‘bersaing?hebat dengan rakan baiknya, Siti Sarah yang sama-sama mempunyai vokal dan gaya tersendiri.
Lagu popularnya, Bunga-bunga Cinta bukan saja mempopularkan namanya sebagai anak seni malah membuktikan vokal bertenaga Misha dan 28 Disember lalu, Malaysia menyaksikan kemuncak pertama gadis ini dalam Anugerah Juara Lagu ke-18.
Bukan setakat menjadi juara keseluruhan, majlis tahunan berprestij terbitan TV3 itu juga memberi kemenangan peribadi buat Misha melalui Vokal Terbaik.