Post by webmaster on Jan 7, 2004 7:37:50 GMT -5
SEHINGGA kelmarin pun saya masih mendengar lagi peminat di sana-sini memperkatakan mengenai Anugerah Juara Lagu Ke-18 (AJL18) yang berlangsung di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Memang diagak, apabila beribu-ribu penonton menyaksikannya secara live di Stadium Putra, tidak termasuk berjuta-juta lagi melalui TV3 di rumah, macam-macam komen boleh didengar, tidak kira positif atau sebaliknya. Namun, rata-ratanya berpuas hati dan terhibur.
Apa yang jelas, komen peminat di rumah tentunya tidak sama dengan yang menonton dalam stadium, maklumlah `sinematografi?di kedua-dua tempat memang berbeza.
Kalau di stadium, kita dapat mendengar betapa bergegarnya gelanggang bersejarah itu apabila penonton bersorak keghairahan. Malah kerana terlalu excited menjerit, saya yang duduk di kelompok press ada kalanya tidak mendengar dengan terang lontaran suara penyanyi favourite macam Misha Omar dan Anuar Zain.
Sebaliknya kalau di rumah, suara penyanyi lebih jelas dan masing-masing dapat melihat raut wajah artis dengan lebih puas. Tak hairanlah kalau ada pihak berpendapat vokal beberapa penyanyi sebenarnya tidak sampai atau lebih senang cakap, pancit!
Namun, komen penonton di rumah tetap mengatakan vokal Misha, Mus (May) dan Anuar begitu terkawal. Begitu juga dengan artis undangan, Dayang Nurfaizah yang menyanyikan medley finalis dan lagu ghazal dengan hebat sekali.
Bagi saya, kemeriahan AJL18 memang ketara kerana inilah pertama kali ia dibuat dalam arena berkapisiti besar. Bagaimanapun, sebagai satu kelainan dan bagi menambahkan lagi kemeriahan, penganjur sepatutnya menyelitkan sesi perarakan artis di permaidani merah.
Kebetulan, pihak penganjur menjual tiket, jadi tentulah ia satu bonus kalau peminat dapat melihat wajah dan fesyen artis kesayangan mereka dari jarak lebih dekat. Tidak mengapa, mungkin tahun depan ia boleh diusahakan.
Dari segi keputusan, tiada apa yang hendak saya komen kerana secara keseluruhan, ia memenuhi ramalan tukang tilik. Sebenarnya, semua lagu bagus-bagus belaka dan kalau ditakdirkan Wassini atau Keabadian Cinta menang pun, ramai yang tidak kisah. Cuma malam itu, Misha lebih hebat!
Corak persembahan artis pula berkonsep bervariasi. Ada penyanyi yakin berseorangan dan tidak ketinggalan membawa Rombongan Cik Kiah ke pentas. Saya sedar, walau apa saja konsep persembahannya, ia tidak lain daripada mahu menghiburkan semua penonton. Cuma bagi Ani (Noraniza Idris), persembahannya terlalu predictable.
Siti walaupun memakai baju yang kurang ummphh, tetap pantas meminjam perkembangan hiburan masa kini apabila menyelitkan tarian ala Riverdance. Agaknya kerana bersahaja dan kelihatan macam berkonsert, trofi Persembahan Terbaik akhirnya menjadi milik Siti. Itulah `badi?Siti. Kalau bertanding, tidak pernah pulang tangan kosong.
Yang ketara, Siti turut gembira dengan kejayaan Misha. Apabila Bunga-Bunga Cinta diumumkan menang, Siti terus mengangkat tangan dan kemudian berpelukan dengan Misha. Buat kali keduanya saya melihat Misha menghulurkan mikrofon kepada Siti untuk menyanyi rangkap lagu Adnan Abu Hassan itu bersama-sama dengan artis lain. Kali pertama Siti menyanyikan lagu itu bersama Misha ialah ketika satu majlis berbuka puasa, November lalu.
Sebenarnya, kejayaan Misha bukan saja disambut baik jutaan peminat tetapi juga penghibur handalan seperti Datuk Sharifah Aini.
Dalam perbualan bersama beliau hujung minggu lalu, Sharifah berkata, kehadiran Misha laksana permata baru yang menyinari dunia hiburan.
“A star is born,?begitulah kata Sharifah Aini yang mengingatkan saya kepada judul filem klasik Hollywood lakonan Judy Garland.
Penyanyi Kau Tinggi Di Awan Biru itu berkata, Misha memiliki pakej yang sempurna selain artis yang cukup berbudi bahasa.
“Kita perlulah memberi sokongan kepada artis yang berbakat seperti Misha. Saya kesal kerana ada pihak cuba memperlekehkan kejayaan Misha di Shanghai tempoh hari. Dia sudah mengharumkan nama Malaysia, jadi kenapa kita harus menolak kejayaannya?
“Terbukti Misha ada bakat yang hebat dan apabila melihat persembahannya, saya terus teringatkan Whitney Houston. Suara `geram?Misha itu memang unik,?ujar Sharifah yang berharap Misha dapat mengekalkan sikap merendah dirinya itu.
Selain Misha, Sharifah memberitahu dia juga terpegun mendengar Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu ghazal pada malam AJL18 itu.
Saya berseloroh pada Sharifah, “Apa yang nak dihairankan Kak Ani. Bukankah Dayang pernah menang pertandingan lagu asli di Sarawak dulu? Haa, itu baru sedikit...?
Terus terang Sharifah berkata, kalau Dayang mahupun Misha dapat mempelbagaikan lagi repertoire nyanyian masing-masing mulai sekarang, mereka pasti akan terus bertahan.
“Kak Ani sedia berkongsi tips dan pengalaman menyanyikan lagu ghazal dan asli dengan Dayang. Itu pun kalau Dayang sudi...,?kata Sharifah. Jadi Dayang, apa tunggu lagi!
Sumber: Berita Harian