Post by webmaster on Jan 7, 2004 7:24:43 GMT -5
DIA bertuah kerana memiliki pakej sempurna - bakat, kejelitaan dan attitude. Kejayaan demi kejayaan mula menghampirinya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Selepas diiktiraf sebagai Artis Baru Pilihan di Anugerah Era 2003 pada 8 Oktober lalu, dunia seni melihat dia dijulang lagi dalam Festival Muzik Asia Ke-6 di Shanghai, China, 13 November lalu, diikuti yang terbaru, Anugerah Juara Lagu Ke-18.
Namun semua kejayaan itu tidak pernah melalaikan Misha Omar, penyanyi kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang, malah dia berazam untuk melangkah lebih laju lagi.
2004 sudah pun menjelma dan yang pasti, jadual kerja Misha padat dengan pelbagai agenda pada suku pertama tahun ini.
?004 dijangka tahun yang lebih sibuk bagi saya. Bermula bulan ini, saya akan masuk ke studio rakaman bagi pembikinan album solo kedua. “Album ini istimewa kerana menyambung kerjasama saya bersama Adnan Abu Hassan selain Ajai, Aidit Alfian dan Azlan Abu Hassan,?katanya kepada i-Kon.
Misha menyambung, pada Februari nanti, dia akan memulakan penggambaran filem sulungnya, Gerak Khas The Movie 3 arahan Datuk Yusof Haslam.
“Dalam filem itu saya akan memegang watak sebagai adik Inspektor Aliza (lakonan Abby Abadi). Inilah satu permulaan baru dalam kerjaya seni saya,?ujarnya.
Sekitar Mac nanti, Misha dijangka terbabit dengan promosi filem seram Pontianak... Harum Sundal Malam arahan Shuhaimi Baba. Untuk filem itu, dia diberi tanggung jawab menyanyikan lagu tema yang dicipta oleh Ajai.
“Mac juga menjadi bulan penting kerana album kedua saya akan dipasarkan. Berdebar juga rasanya menantikan kemunculan album itu nanti dan saya harap ia akan memberikan kepuasan kepada peminat,?katanya.
Misha mengakui, sejak pulang dari Shanghai, November lalu, dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat dan jauh sekali dapat menghabiskan masa bersama keluarga tersayang di kampung.
“Itulah harga yang perlu saya bayar untuk mengejar impian menjadi penyanyi. Kalau boleh, saya teringin mengambil cuti panjang tapi apakan daya, jadual saya pula semakin ketat.
“Makin banyak undangan diterima termasuk menjayakan rakaman program Dari Studio 1 terbitan Astro,?katanya yang akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena kejayaan dan ulang tahun hari jadinya yang ke-22, dalam waktu terdekat ini.
Walaupun kejayaan mengundang dalam sekelip mata dan dianggap sebagai ikon baru dalam dunia seni, Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aishah Omar, menerimanya sebagai satu detik permulaan untuk bekerja dengan lebih gigih.
Dia sedar kejayaan tidak akan datang bergolek dan berharap dapat menempuh setiap dugaan dengan hati yang tenang.
Sumber: I-con