Post by webmaster on Jan 7, 2004 7:22:19 GMT -5
BELUM terlambat rasanya Zubir mengucapkan tahniah kepada penyanyi cantik, Misha Omar yang menang besar dalam Anugerah Juara Lagu ke-18 (AJL18) TV3, minggu lalu. Sekalipun Misha banyak menyebut nama Siti Nurhaliza sebagai idola kejayaannya, tapi bagi Zubir, Misha berpotensi untuk menjejaki kejayaan Erra Fazira sebagai penyanyi dan pelakon popular.
Walaupun Siti hebat di pentas nyanyian, namun hatinya belum terbuka untuk berlakon. Tapi, Misha sedia menyatakan persetujuannya untuk berlakon jika ada tawaran yang baik. Justeru, peluang menemui bos Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam sekembalinya dia dari London dan Paris minggu lalu, Zubir gunakan kesempatan itu untuk bertanyakan status si Misha.
"Benar, Misha sudah menyatakan persetujuannya untuk berlakon dalam filem terbaru saya, Gerak Khas The Movie 3 (GKTM3) yang akan memulakan penggambarannya awal Februari ini," kata Yusof mengesahkan pembabitan Misha sebagai bintang filem untuk pertama kalinya. Pasti meletup!
Selepas ini, kalau Misha rajin mengasah bakat dan tak cepat melatah, dia
boleh berjaya seperti Erra Fazira dan Siti Nurhaliza, Insya-Allah...
Tapi, bagaimana dengan Nana Akademi Fantasia (AF)? "Nana tak confirm lagi sebab ada beberapa perkara lagi yang perlu saya bincangkan dengan Freddie Fernandez (Maestro Sdn Bhd). Tapi, jika saya mencapai kata persetujuan dalam masa terdekat ini, Insya-Allah, Nana juga akan saya ambil berlakon," jelas jutawan filem itu lagi.
Selain Misha dan mungkin Nana yang bakal membintangi GKTM3, Datuk turut mengesahkan pembabitan muka baru seperti Sarimah Ibrahim. Lepas ni pasti kecoh Bukit Aman dengan gelagat Sarimah yang gila-gila tu. Pelakon lain yang turut d**ekalkan dalam GKTM3 ialah Norman Hakim, Abby Abadi dan A Galak.
Melihat kepada barisan kemungkinan yang akan membintangi GKTM3, siang-siang lagi Zubir boleh gerenti, GKTM3 pasti box office! Harap-harap sektor kerajaan mahupun pihak swasta yang kaya raya tu sedia menambah bilangan panggung untuk menampung kebanjiran filem tempatan yang semakin meriah, sejak akhir-akhir ini.
Sumber: BiPop