Post by webmaster on Jan 7, 2004 7:18:47 GMT -5
LINCAH...Misha menghiburkan penonton dalam Pertandingan Memasak Rasa/Nona/Sharp di Berjaya Times Square, semalam. ?Gambar L MANIMARAN
ALHAMDULILLAH, hari ini masuk hari kelima kita berada di tahun 2004 dan hari ini juga cukup sibuk ibu bapa yang ada anak bersekolah.
Bagi dunia hiburan, saya pasti Anugerah Juara Lagu ke-18 (AJL18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil Ahad lalu, masih diperkatakan sampai dua tahun kerana AJL18 diadakan penghujung 2003, tentulah masih diperkatakan sampai 2004.
Apa yang membanggakan ialah tiga lagu yang dinobatkan juara kategori Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia & Etnik Kreatif dikuasai orang baru iaitu Misha Omar, Ezlynn dan Waheeda. Lebih menarik lagi, mereka menang atas tiket lagu ciptaan guru mereka.
Saya tertarik dengan kata-kata ramai mengenai kemenangan Misha yang juga menang Vokal Terbaik malam itu melalui Bunga-bunga Cinta ciptaan Adnan Abu Hassan seperti A Star Is Born, Misha pengganti Siti Nurhaliza dan macam-macam lagi.
Namun, paling membimbangkan apabila menerima pujian melambung di awal pembabitan ialah boleh menyebabkan artis itu alpa dan akhirnya tidak ke mana. Itulah juga yang dibimbangkan Misha ketika berbual dengannya sehari selepas kemenangannya.
“Misha Omar hari ini membesar kerana pujian dan kritikan. Bagi saya ada dua golongan manusia di dunia ini iaitu yang suka melihat seseorang itu berjaya dan satu lagi gembira apabila seseorang itu kecundang.
“Kemenangan ini menjadi gula selepas menelan banyak kepahitan. Saya juga masih ingat kata-kata akak dalam kolum Depan Mata selepas AIM dulu. Akak kata saya bakal mengikut jejak kejayaan Siti. Saya tidak akan lupa kata-kata itu.
“Waktu sama, saya memerlukan sokongan semua pihak. Jika nampak saya mula tersasar, cubitlah saya atau tariklah saya semula supaya mampu berjalan dengan baik mengikut landasan yang betul,?kata anak kelahiran Kelantan ini merendah diri.
Dalam kolum saya pada 12 Mei lalu, saya menulis mengenai Misha kerana membayangkan vokalnya yang lunak dan bertenaga persis Siti. Kejayaan Siti hari ini bertitik tolak dari Juara Lagu iaitu pada 1996 dengan lagu Jerat Percintaan dan Siti menang Persembahan Terbaik.
Saya mula ‘melihat?Misha pada Ogos 2002 ketika majlis pelancaran album BMG Music, kompilasi Pasti Hits!!! Adnan Vs Azlan. Dalam majlis itu, Misha menyanyi lima lagu daripada album sulungnya seperti Bunga-bunga Cinta, satu-satunya lagu baru yang menghiasi album itu serta lagu Inggeris, One More Time.
Ramai setuju jika dikatakan Misha bakal mengukir nama dalam seni suara tetapi nasibnya kurang baik apabila album sulungnya dipasarkan akhir tahun ketika pengurusan BMG mengalami sedikit masalah.
Akibatnya, album Misha kurang promosi dan Misha kurang menyerlah.
Penampilan Misha selepas itu ialah deraian air mata setiap kali menyanyikan Bunga-bunga Cinta. Entah apa yang menyentuh hatinya hanya Tuhan yang tahu. Segalanya berbaloi di AJL18 dan Misha masih menangis malam itu tetapi tangisan gembira.
Mendung dalam hidup Misha berlalu pergi apabila meraih kejayaan di Anugerah Era Oktober lalu, kemudian membanggakan negara apabila menang di Shanghai, China pada November dan kemuncaknya ialah AJL18 (Disember). Satu kejayaan berturut-turut dalam tempoh tiga bulan.
Untuk 2004, Misha mengorak langkah mencuba nasib di layar perak apabila dilamar Skop Productions berlakon Gerak Khas The Movie III (GKTM3) bersama Abby Abadi, Norman Hakim dan Sarimah Ibrahim.
Ternyata langkah ini mula membezakan Misha yang akan menyambut ulangtahun ke-23 esok manakala Siti pada 11 Januari, kerana umum tahu Siti pernah menggemparkan peminat apabila menolak tawaran RM1 juta untuk beraksi di layar perak. Sampai sekarang, Siti masih menyatakan belum bersedia berlakon walaupun ramai mengejarnya.
Apabila Misha berlakon, ada pula meramalkan Misha bakal meraih kejayaan sebagaimana Erra Fazira iaitu penyanyi dan pelakon berjaya. Entahlah. Kita tunggu saja nanti.
Sumber: HM