Post by webmaster on Jan 3, 2004 22:53:34 GMT -5
SELANG 18 jam selepas mengukir kejayaan besar di Anugerah Juara Lagu ke-18 (AJL18), Misha Omar masih dibuai mimpi indah apabila Harian Metro menghubungi penyanyi kelahiran Kelantan ini di rumahnya jam 5 petang semalam.
Ikuti soal jawab dengan Misha yang akan menyambut ulangtahun ke-22 pada 6 Januari ini mengenai perancangannya tahun depan sebagai penerus perjuangannya dalam seni .
HARIAN METRO (HM): Apa khabar Misha? Dapat tidur lena semalam?
MISHA OMAR (MO): Sebenarnya saya tak tidur semalaman selepas pulang dari Bukit Jalil. Maklumlah sampai rumah agak lewat (2 pagi) selepas selesai jamuan dan interview dengan media. Sampai rumah saya berbual-bual dengan ibu bapa saya dan menunjukkan trofi kemenangan. Saya juga keluar awal keesokan pagi untuk muncul di TV3 (6.50 pagi). Saya takut nak tidur bimbang terlewat. Balik dari TV3 jam 9.30 pagi, saya sambung cerita dengan keluarga, kemudian tidur sekejap. Waktu azan Zuhur, saya bangun.
HM: Siapa yang bersama Misha ketika mencatat kejayaan di AJL18?
MO: Sebenarnya kakak saya, Mimi buat kejutan kerana merahsiakan rancangan abang dan adik saya yang dari kampung untuk sama-sama menyaksikan persembahan saya. Malah abang saya yang tinggal di Thailand juga datang. Ingatkan tiada siapa yang datang kerana ibu dan bapa saya tidak dapat ikut dan hanya melihat di kaca tv. Tapi malam tiu ada kakak, dua abang dan dua adik saya.
HM: Apakah Misha menghubungi ibu bapa Misha sebaik saja menang?
MO: Tidak kerana saya tahu mereka mengetahui kejayaan saya menerusi televisyen. Bagaimanapun sebaik saja balik rumah, saya berkongsi cerita dengan ibu saya. Saya memang rapat dengannya dan akan bercerita apa saja dengannya.
HM: Apa kata ibu Misha?
MO: Sebagaimana kejayaan di Anugerah Era dan Shanghai, ibu selalu kata kemenangan ini hanyalah satu permulaan kerana banyak lagi cabaran yang menanti. Saya perlu bersedia. Saya juga tidak mahu jadi orang yang cepat terkejut dengan kejayaan. Itulah juga yang selalu diingatkan ibu saya.
HM: Apakah kemenangan ini sudah dijangka?
MO: Memang tidak diduga. Malah seminggu sebelum itu, ibu saya membuat sembahyang hajat. Katanya, dia tidak berani kata apa-apa tetapi yakin ada satu rezeki untuk saya. Sasaran saya ialah mahu mencatat sejarah di AJL18 tidak kira kategori apa. Kalau Vokal Terbaik agak sukar kerana ada Ning Baizura dan Anuar Zain. Nasib baik giliran saya selepas mereka berdua jadi saya sempat melihat persembahan mereka untuk dijadikan pengajaran. Apabila tiba giliran saya, saya buat yang terbaik kerana inilah peluang untuk saya menang.
HM: Tidakkah Misha bimbang akan hanyut dengan kejayaan demi kejayaan ini?
MO: Dalam industri ini, ada dua jenis manusia. Satu mahu melihat saya berjaya dan satu lagi mahu saya jatuh. Bagaimanapun, Misha Omar yang sekarang ini ‘membesar’ dengan lingkungan dua jenis manusia ini. Saya juga tidak nafikan, selepas kejayaan di Anugerah Era dan Shanghai, saya mula jadi perhatian. Saya tanamkan dalam hati bahawa saya tidak akan lemas dengan kejayaan ini. Saya juga cuba mencari kelemahan diri melalui kritikan terhadap saya.
HM: Ada orang kata Misha menjadi penerus kejayaan Siti, lebih-lebih lagi keputusannya tidak akan menyertai AJL selepas ini. Apa komen Misha?
MO: Bagi saya itu satu tanggungjawab berat kerana masyarakat mahu melihat saya menang dan menang lagi. Memang saya kagum dengan Siti malah kejayaannya memberi inspirasi kepada saya. Saya juga genggam erat tangannya selepas diumumkan menang kerana sedih dengan keputusannya. Bagaimanapun saya rasa Siti ada sebab sendiri berbuat begitu. Mulanya saya ingatkan gurauan tetapi dia sudah nekad. Siti juga banyak memberi semangat kepada saya malah mengatakan dia sudah nampak kejayaan saya ketika di peringkat separuh akhir lagi. Saya sungguh terharu dengan semua sokongan ini.
HM: Apa rancangan Misha selepas ini sebagai meneruskan perjuangan?
MO: Saya akan muncul dengan album kedua dan saya dijangka masuk studio bulan depan. Saya juga mahu cuba sesuatu yang lain iaitu lakonan. Saya akan memulakan penggambaran filem sulung, Gerak Khas The Movie 3 pada Februari ini kemudian album kedua saya menyusul Mac nanti.
HM: Bagaimana dengan pemilihan lagu?
MO: Saya berterima kasih dengan BMG Music kerana memberi peluang kepada saya bercakap. Album kali ini turut memuatkan lagu ciptaan Ajai, Aidit Alfian dan juga Adnan. Saya juga berduet dengan penyanyi Indonesia, Baim dalam lagu ciptaan Aidit.
HM: Ada mengatakan Adnan merajuk dengan Misha. Betulkah?
MO: Sebenarnya semua itu hanyalah salah faham. Antara saya dan Adnan tidak ada apa-apa masalah cuma gembar-gembur saja. Saya juga menanti lagu Adnan kerana Adnan berjanji akan memberi lagu untuk album kedua nanti.
HM: Apa yang akan dilakukan dengan wang kemenangan Misha?
MO: Saya jadikan ibu duit. Semua wang yang saya dapat daripada anugerah sebelum ini saya simpan. Begitu juga wang RM10,000 yang saya dapat daripada Vokal Terbaik.
HM: Bagaimana dengan wang RM37,000 untuk juara Balada dan juara AJL18?
MO: Itu milik komposer dan pencipta lirik. Terpulang kepada Adnan kalau mahu berkongsi dengan saya.
HM: Akhir sekali, tidak ada rancangan buat majlis kesyukuran atas kejayaan Misha?
MO: Memang ada rancangan meraikan semua pihak dalam satu majlis selepas kejayaan di Shanghai. Sebelum ini saya buat majlis kesyukuran di kampung. Selepas kejayaan ini memang saya mahu di Kuala Lumpur pula. Sekarang sedang mencari masa sesuai dan saya mahu raikan semua dengan makanan Kelantan seperti nasi dagang dan nasi kerabu.
Sumber: MH