Post by webmaster on Oct 29, 2003 9:10:08 GMT -5
Oleh ROSLI MANAH
TIADA siapa dapat menafikan imej memainkan peranan penting dalam memastikan seseorang penyanyi terus diminati selain lagu-lagu yang berjaya mencuri hati pendengar. Jika imej tidak penting tentu golongan artis tidak akan sanggup berbelanja besar dengan membeli pakaian, perhiasan dan sebagainya untuk menghadiri majlis besar yang pastinya menjadi tumpuan lensa kamera.
Malah ada harga pakaian artis popular yang dianggap tidak masuk akal apabila disebutkan nilainya. Terlalu mahal sehingga boleh menampung gaji sepuluh bulan seorang pekerja biasa di pejabat.
Mereka sanggup mengeluarkan belanja besar bagi memastikan imej mereka lebih hebat atau setidak-tidaknya setaraf dengan artis lain.
Penyanyi baru Misha Omar pernah dikritik kerana penampilan dalam beberapa majlis besar sebelum ini dikatakan tidak sesuai dengan usianya.
Kerana itu Misha ingin berubah dan memberanikan diri untuk bergaya. Dia kini menggunakan khidmat pereka ternama, Rizalman Ibrahim dan Baby Elle sebagai juru solek tetap.
``Dulu saya agak konservatif dalam memilih gaya pakaian hingga saya dikritik. Menyedari bahawa imej itu penting, saya mengambil langkah positif dengan pendekatan fesyen berani,'' katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Fesyen berani yang dimaksudkan bukanlah keberanian mengenakan pakaian yang dianggap mendedahkan susuk tubuh, sebaliknya fesyen yang lebih moden dan terkini.
``Inilah contoh gaya baru saya,'' katanya sambil menggoyangkan tubuh untuk menonjolkan pakaian. blaus hitam berbunga sekuntum di dada adalah rekaan pertama Rizalman untuk penyanyi yang popular dengan lagu Di Halaman Cinta.
Misha yang kini berambut pendek mahu muncul dengan imej baru selari dengan albumnya yang dipasarkan dengan sampul baru.
Pelancaran bungkusan semula album sulung yang memuatkan lagu Bunga-Bunga Cinta gubahan terbaru dan minus one itu diadakan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Misha mengejutkan pihak media apabila dia terpaksa berhenti menyanyi kerana tidak dapat menahan sebak. Ditanya apakah yang menyebabkan dia berkelakuan begitu, Misha menjelaskan dia terbayang pengalaman pahit yang dilalui.
``Ada pihak menyebar cerita kononnya saya seorang artis bermasalah. Mereka juga menuduh saya bermusuhan dengan syarikat rakaman dan bakal disaman,'' kata Misha.
Kemunculannya dalam majlis anjuran syarikat BMG Music membuktikan dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab itu meleset.
``Pihak itu berkata `kalau mahu mendengar Misha menyanyi, dengarlah di penjara','' kata Misha yang terkilan dengan perkara sedemikian.
Apabila cerita negatif sedemikian tersebar dia pernah terfikir untuk berundur namun akhirnya berjaya menghadapinya dengan cekal.
Justeru Misha menanam semangat tidak mahu musnah kerana tuduhan yang tidak berasas. Malah, dia semakin bersemangat untuk meluaskan kerjaya seninya.
``Saya tidak faham mengapa mereka berbuat demikian kepada saya. Saya hairan dan tidak tahu apakah mereka berdendam dengan saya atau kerana sebab lain yang tidak d**etahui,'' kata Misha lagi.
Dalam perkembangan lain, Misha juga bakal berduet dengan penyanyi Indonesia, Baim dalam usaha mengenengahkan albumnya ke negara jiran itu.
Perbincangan telah dijalankan dan menampakkan jalan cerah untuk membuka peluang kepada Misha mencipta nama di seberang.
``Saya harap segala perancangan berjalan lancar. Saya mahu berjaya dan mahu melupakan segala fitnah terhadap diri saya.
``Ini adalah pengalaman yang perlu saya jadikan panduan untuk masa akan datang,'' kata Misha lagi.
Sumber: Utusan Malaysia