Post by webmaster on Oct 26, 2003 21:16:34 GMT -5
Oleh Zul Husni Abdul Hamid dan Mohd Khairul Anuar Alias
PERMULAAN 2003, nasib bagaikan tidak menyebelahi Misha Omar apabila penyanyi ini ditimpa kegagalan demi kegagalan walaupun bakatnya mula membuka mata pemerhati seni. Bagaimanapun, ketika 2003 menghampiri penghujung, kerjaya seninya seperti memperoleh semangat baru.
Selepas membawa pulang trofi Artis Harapan Pilihan Anugerah Era dan lagu nyanyiannya, Bunga-Bunga Cinta layak ke Anugerah Juara Lagu 18, Misha akan meneruskan cabaran baru di Shanghai, China pula.
Penyanyi naungan BMG (M) itu dipilih mewakili Malaysia ke Shanghai Asia Music Festival (SAMF) 2003 yang berlangsung pada 11 hingga 15 November ini. Pemilihan Misha dibuat berdasarkan keupayaan dan bakat serta pencapaiannya sebagai artis baru yang cemerlang sepanjang 2003.
“Awal dulu, saya pernah menolak tawaran ini kerana berasakan diri belum bersedia kerana masih cetek pengalaman. Barangkali kerana ketika itu, kerjaya seni saya baru bermula. Bagaimanapun, kini saya sudah bersedia untuk memulakan langkah baru.
“Penghujung 2003 seperti ada sinar untuk saya terus mencipta kejayaan. Insya-Allah, saya tidak akan menghampakan harapan semua pihak. Tanggungjawab ini cukup besar kerana saya turut membawa bersama nama negara,” katanya, terharu.
Penyanyi kelahiran Machang, Kelantan itu, berkata, apa yang penting, adalah usaha dan kesungguhan menyahut peluang serta melunaskan tanggungjawab serta kepercayaan yang diletakkan di bahunya.
“Saya pernah lalui pelbagai kegagalan sebelum ini. Semua yang saya tempuhi dulu mengajar saya supaya menjadi lebih matang. Penyertaan ini bukan sebarangan kerana pernah menyaksikan Siti Nurhaliza dan Deja Moss meraih hadiah utama.
“Saya menjadikan rentetan kejayaan mereka sebagai inspirasi untuk mencipta kejayaan di sana,” katanya, yang akan menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta dan Halaman Cinta, pada pertandingan itu.
SAMF adalah pertandingan muzik pop terulung bertaraf antarabangsa yang dianjurkan Shanghai Culture Development Foundation. Pertandingan yang bertujuan mencungkil bakat baru, meluaskan kreativiti muzik pop, mempromosi dan meningkatkan mutu kebudayaan muzik di rantau Asia itu mula diadakan sejak lima tahun lalu.
Buat pertama kali, ia menerima pengiktirafan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (KKKPM) yang turut menaja tiket penerbangan dan perbelanjaan rasmi Misha sepanjang berada disana.
Selain pembabitan pada SAMF, Misha juga akan menyertai acara sampingan yang dianjurkan bersama KKKPM dan Tourism Malaysia di Shanghai untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian muzik tanah air. Dia turut memeriahkan majlis berbuka puasa bersama peminat anjuran Konsulat Malaysia.
“Saya cuba mengutip sebanyak mungkin pengalaman untuk membina kedudukan sebagai penghibur,” kata Misha yang akan memulakan rakaman album kedua, selepas Aidilfitri.
Pada perkembangan lain, Misha turut melahirkan kesyukuran kerana album pertamanya mencapai anugerah emas dengan penjualan melebihi 15,000 unit. Anugerah itu disampaikan kepada Misha oleh Pengarah Pemasaran BMG, Jean Lau dan Pengurus Besar Persatuan Industri Muzik (RIM), Lam Tuck Seng.
Sidang media itu turut dihadiri Pengurus Besar Performers and Artistes Rights (M) Sdn Bhd (PRISM), Ong Peng Chu dan Ketua Penolong Setiausaha KKKPM, Ramlah Amir.
Di samping itu, kewibawaan anak didik komposer terkenal, Adnan Abu Hassan itu juga mendapat perhatian pengarah hebat, Shuhaimi Baba apabila dipilih untuk menyanyikan lagu latar bagi filem terbarunya, Pontianak Harum Sundal Malam.
Lagu berjudul Kau Milikku itu menerima sentuhan komposer, Ajai. Dia turut menghasilkan empat lagu bagi album terbaru Misha yang akan berada di pasaran awal tahun depan.
Sumber: Berita Harian